Tourism perkenal pakej ransang sektor pelancongan

Iklan
Wakil agensi pelancongan dan pemandu pelancong dari Pulau Pinang dan Kedah hadir dalam program mempromosikan sektor pelancongan.

IPOH - Tourism Malaysia Wilayah Utara memperkenalkan 10 pakej pelancongan pada harga rendah dalam usaha merangsang kembali sektor pelancongan secara terkawal bersesuaian dengan keadaan semasa negara.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, M Yoganthiran berkata, pakej pelancongan antara Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis adalah bagi memberi nilai tambah kepada pelancong.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pakej lawatan dan bermalam bagi keluarga atau kumpulan kecil diperkenalkan dengan menyenaraikan pelbagai pilihan lokasi-lokasi menarik untuk diteroka pelancong.

"Pelancong boleh menghabiskan percutian ke Perak dan Pulau Pinang dengan bermalam walaupun dalam masa singkat menerusi pakej menarik yang diperkenalkan pada harga berpatutan.

Iklan

"Contohnya, kita memperkenalkan pakej berkembar seperti bermalam di Ipoh dan malam berikutnya di hotel lain di Pulau Pinang pula. Cara ini pelancong dapat merasai pengalaman berada di dua negeri berbeza," katanya kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di sini pada Selasa.

Majlis itu disertai 25 wakil agensi pelancongan dan pemandu pelancong dari Pulau Pinang dan Kedah yang dalam rangka lawatan meninjau prospek pelancongan baharu di Perak.

Iklan

Yoganthiran berkata, pakej-pakej itu turut dipromosikan menerusi laman web wowcuti.my dengan kerjasama beberapa agensi pelancongan di Pulau Pinang bagi menjalinkan sinergi bersama merangka pakej-pakej yang sesuai.

"Walaupun sektor pelancongan kini bergerak perlahan namun, pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan kembali industri berkenaan dengan kaedah bersesuaian serta lebih kreatif.

"Lawatan suai kenal ini adalah bagi membolehkan peserta merasai produk pelancongan di Perak sebelum diperkenalkan kepada pelanggan antara Kapal Korek TT5 di Tanjung Tualang, galeri seramik di Gopeng, galeri bijih timah serta warisan geopark," katanya.