Pemuda Pas sedia bantu percepat pendaftaran Pejuang, Muda

Iklan
Muhammad Faizzuddin Mohd Zai. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Pemuda Pas bersedia membantu mempercepatkan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Exconya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, mereka tidak mempunyai masalah untuk membantu selagi ia mematuhi lunas undang-undang.

Iklan
Iklan

"Mengapa tidak kita usahakan perkara tersebut,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-252 bertajuk ‘Antara Parti Orang Muda dan Meremajakan Parti’ yang disiarkan menerusi dalam talian pada Khamis.

Wacana turut menampilkan Pengasas Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin manakala Edlynna Hanie Hamid bertindak sebagai moderator.

Iklan
Wacana Sinar Siri ke-252 membincangkan tajuk 'Antara Parti Orang Muda dan Meremajakan Parti' yang berlangsung di Studio Sinar Harian, Seksyen 15, Shah Alam. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Pendaftaran Pejuang dan Muda sehingga kini masih lagi belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pada 2 Februari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, antara sebab pendaftaran Pejuang dan Muda tidak diterima kerana intipati dalam perlembagaan kedua-dua parti itu tidak teratur serta tidak spesifik.

Iklan

Menurutnya, permohonan itu ditolak kerana kegagalan mematuhi peruntukan Seksyen 7 (3) (e) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), berkaitan dengan perlembagaan parti.

Hamzah berkata, permohonan Pejuang ditolak kerana adanya pertindihan membabitkan Jawatankuasa Pusat dan Majlis Tertinggi Pusat parti itu serta takrifan nama Pejuang manakala permohonan Muda ditolak kerana tidak menyatakan had usia maksimum ahli parti.

Muhammad Faizzuddin pada masa sama turut berkata, bahawa Pas turut meraikan kepelbagaian parti di negara ini.

"Kita sangat meraikan dan wakil-wakil Pas juga meraikannya,” katanya.