Kapal lama dalam proses pelupusan terbakar

Iklan
Kapal yang dalam proses pelupusan terbakar 40 peratus di Jalan Pantai Acheh Pelabuhan Klang pada Khamis.

KLANG - Sebuah kapal lama yang tidak lagi digunakan dilaporkan terbakar di Jalan Pantai Acheh Pelabuhan Klang, di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.57 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan Kota Raja ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kapal yang dalam proses pelupusan itu terbakar 40 peratus.

"Berkemungkinan kebakaran berpunca daripada kerja-kerja pemotongan bahagian kapal bagi tujuan scrap (curai biasa)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Katanya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.