15 kereta rosak dihempap bumbung runtuh

Iklan
Runtuhan bumbung di Hospital Teluk Intan menyebabkan 15 kereta rosak. - Foto: ihsan pembaca

TELUK INTAN - Sebanyak 15 kereta milik kakitangan Hospital Teluk Intan di sini rosak selepas struktur bumbung pejalan kaki dan parkir berbumbung runtuh akibat ribut kencang pada Khamis.

Kejadian yang disedari kira-kira jam 4.20 petang itu bagaimanapun, tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di kawasan parkir sepanjang 30 meter berhampiran Jabatan Pesakit Luar.

Runtuhan bumbung di Hospital Teluk Intan menyebabkan 15 kereta rosak. - Foto: ihsan pembaca

"Tiada kemalangan jiwa berlaku namun bumbung yang roboh telah menghempap kereta yang di parkir di kawasan tersebut.

Iklan

"Kereta mengalami kerosakan termasuk cermin hadapan pecah dan kemek di bahagian bonet kereta," katanya.

Menurutnya, pihak hospital telah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir tersebut.

Iklan
Runtuhan bumbung pejalan kaki merosakkan 15 kereta dalam kejadian ribut kencang. -Foto: ihsan pembaca