'Saya hanya fokus dengan tugas'

Iklan
Zainal Abidin

PENGENDALI Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan tidak mahu isu di luar padang mengganggu fokusnya menjelang pertemuan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat pada Jumaat.

Sebaliknya, beliau meminta aksi cemerlang yang ditunjukkan anak-anak buahnya ketika menundukkan Perak FC 1-0 di Stadium Perak pada Ahad lalu dapat diteruskan ketika mereka melayan kunjungan KDA FC.

Iklan
Iklan

"Bagi saya pemain-pemain telah tunjukkan disiplin yang tinggi seperti mana ketika bermain menentang Perak. Saya harap aksi terbaik mereka itu akan dapat diteruskan pada perlawanan menentang Kedah.

"Bagaimanapun, Kedah adalah sebuah pasukan yang bagus dan kami perlu berwaspada. Kami juga perlu ambil peluang untuk meraih keputusan positif ketika bermain di laman sendiri, siapa tak nak tiga mata,” katanya.kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan kehilangan khidmat penyerang import, Sony Norde dan pemain pertahanan, Wan Amirul Afiq akibat penggantungan perlawanan.

"Ia memang satu tamparan besar buat pasukan, tetapi saya yakin pemain yang akan diturunkan beraksi di posisi tersebut akan berjaya memberikan persembahan seperti yang diharapkan.

Iklan

"Kami juga telah mengkaji corak permainan Kedah dan kami tahu kekuatan mereka. Tugas akan diberikan kepada pemain dan perancangan serta taktikal sudah dikenal pasti untuk mengekang kekuatan pasukan lawan,” ujarnya.

Jika kemenangan dapat dicapai ke atas KDA FC, ia akan terus memberikan kelegaan kepada Zainal Abidin yang sebelum ini dilapor akan direhatkan ekoran aksi kurang konsisten Melaka United FC.