Spesies terakhir dunia

Iklan
Terdapat kurang 10,000 tapir direkodkan tinggal di atas muka bumi ini pada 2016.

[INFOGRAFIK] Selasa lalu, dunia meraikan Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April setiap tahun sejak 2007 lagi.

Sambutannya bertujuan untuk memupuk kesedaran orang ramai terhadap haiwan tersebut, sekali gus melindunginya daripada pupus.

Iklan
Iklan

Dianggarkan, kurang 10,000 tapir direkodkan tinggal di atas muka bumi ini pada 2016.

Daripada jumlah tersebut, hanya empat spesies direkodkan masih mendiami muka bumi ini iaitu Tapir Baird yang tinggal Amerika Tengah, Tapir Malaya (Asia Tenggara), Tapir Tanah Rendah (Amerika Selatan) dan Tapir Bukit (Columbia, Ecuador dan Utara Peru).

Iklan

Kesemua mamalia herbivor ini ialah haiwan dalam kategori terancam kerana jumlahnya semakin lama semakin berkurangan di serata dunia.

Di Malaysia, Tapir Malaya merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Iklan

Ini kerana haiwan tersebut berdepan dengan ancaman kepupusan akibat penerokaan hutan, pembangunan tidak terkawal dan dilanggar kenderaan di jalan raya.

Bagaimanapun, kematian akibat dilanggar kenderaan di jalan raya menunjukkan trend peningkatan sejak akhir-akhir ini.

Statistik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menunjukkan sebanyak 92 ekor Tapir Malaya mati dilanggar antara 2015 - 2020 sementara antara 2010 - 2015 pula sebanyak 35 ekor Tapir Malaya mati dilanggar.

Kebanyakan haiwan berkenaan direkodkan mati di jalan raya beberapa buah negeri iaitu Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu.

"Sungguh menyedihkan kerana populasi Tapir Malaya kini kian terancam kerana kehilangan habitat, fragmentasi hutan serta menjadi mangsa jerat dan kemalangan jalan raya," kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar dalam perutusan Hari Tapir Sedunia 2021 pada Selasa lalu.