Pulanglah Sajat, tak lama lagi hari raya

Iklan
Nur Sajat

PEJAM celik, pejam celik sudah hampir tiga bulan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman hilang daripada pandangan umum.

Ada yang kata, Sajat kini bersembunyi di Thailand. Ada pula yang mendakwa pernah ternampak kelibat penyanyi lagu Bobo Di Mana itu di Johor serta Kelantan.

Iklan
Iklan

Sajat di mana? Di mana pun keberadaannya, Merak Jalanan berharap pemuda berusia 36 tahun itu keluar dari tempat persembunyian dalam kadar segera, lebih-lebih lagi raya sudah nak dekat.

Seorang teman Merak Jalanan berkata, Sajat perlu gentlemen dalam berhadapan dengan kes yang dihadapinya.

Iklan

"Jat ni, aku peliklah. Kenapa mahu menyorok sedangkan dia tak berhadapan sebarang pertuduhan atau hukuman yang berat di mahkamah.

"Sampai bila dia mahu bersembunyi? Raya dah nak dekat ni. Aku risau dia kemurungan bila dengar lagu raya,” kata seorang rakan lagi.

Iklan

Merak Jalanan mahu ingatkan Sajat, sambutan 1 Syawal di ‘perantauan’ tidak semeriah sambutan di negara sendiri biar pun ketika ini kita berdepan pandemik Covid-19.Bagi yang malas membaca dan tiada klu kenapa Sajat menghilangkan diri, biar Merak Jalanan jelaskan kenapa dia diburu pihak berkuasa.

Pertama, pada 23 Februari lalu, Mahkamah tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan tangkap terhadap Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya berhubung menghina Islam tanpa sebarang sebab.

Kedua, Sajat bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah dalam usaha mengelak dikesan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Apa pun, jika benar Sajat bersembunyi di luar negara, Merak Jalanan berharap dia tidak mengalami sebarang kesukaran untuk menjalani ibadah puasa dan mudah mendapat makanan halal untuk berbuka dan bersahur.