Covid-19: Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup

Iklan
Gambar hiasan.

SEREMBAN - Empat lagi sekolah di negeri ini diarah tutup selama dua hari bermula Jumaat akibat penularan Covid-19.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, arahan penutupan sekolah itu dikeluarkan kerana terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan guru dan murid.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ia membabitkan dua sekolah di daerah ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sega dan Kolej Tuanku Kursiah.

"Dua lagi sekolah ialah SK Si Rusa, Port Dickson dan Sekolah Agama Rembau, Rembau.

Iklan

"Sekolah ini ditutup selama dua hari bagi membolehkan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, dengan pertambahan itu, sebanyak 39 sekolah di Negeri Sembilan sudah diarahkan tutup atas nasihat PKD sejak 22 April lalu.

Iklan

Bagaimanapun, 11 sekolah sudah dibuka semula, selebihnya masih diarahkan tutup.

"Penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan," ujar beliau.