Bazar Ramadan Raja Alang, Taman Setiawangsa ditutup

Iklan
DBKL

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penutupan bazar Ramadan Raja Alang dan Taman Setiawangsa, di sini supaya ditutup selama dua hari bermula Sabtu.

Unit Media DBKL menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah mengarahkan bazar-bazar tersebut ditutup selepas pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesanan kontak menerusi aplikasi MySejahtera.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran itu, hasil analisa mendapati terdapat ancaman penyebaran jangkitan Covid-19 dikesan di kedua-dua tapak bazar Ramadan tersebut.

"Sehubungan itu, bazar Ramadan tersebut akan ditutup selama dua hari bermula Sabtu sehingga Ahad bagi membendung dan mengawal jangkitan serta peningkatan kes Covid-19.

Iklan
Iklan

"Tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 akan dilaksanakan sekiranya tidak mematuhi arahan tersebut,” katanya pada Jumaat.