Empat bazar Ramadan di Johor ditutup, 163 peniaga terjejas

Iklan
Seramai 163 peniaga terjejas selepas empat bazar Ramadan ditutup di Johor bermula pada Sabtu bagi membendung penularan kes Covid-19. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seramai 163 peniaga terjejas selepas empat bazar Ramadan ditutup di Johor bermula pada Sabtu bagi membendung penularan kes Covid-19.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, tiada kes dilaporkan di bazar itu namun pengesanan kontak mendapati terdapat kes yang melawati lokasi bazar sebelum ini.

Iklan
Iklan

Katanya, penutupan bazar itu membabitkan dua di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) serta masing-masing satu di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).

"Dua bazar Ramadan di kawasan MBJB yang diarah tutup adalah Bazar Ramadan Kampung Pasir, Jalan Mata Kuching melibatkan 70 peniaga dan Bazar Ramadan @Mart Kempas pula melibatkan 28 peniaga.

Iklan

"Bagi Bazar Ramadan Jalan Belatuk Taman Scientex Pasir Gudanmelibatkan sejumlah 50 peniaga. Jumlah peniaga yang terlibat bagi Bazar Ramadan Lok Heng di Kota Tinggi pula adalah seramai 15 peniaga," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ayub berharap penutupan empat bazar berkenaan dapat memberikan peringatan kepada orang awam, peniaga dan penganjur tapak bazar Ramadan supaya mengutamakan serta mematuhi SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Empat bazar Ramadan di Johor ditutup mulai Sabtu