AMB sumbang RM20,000 kepada YFBM

Iklan
Abe (kanan) menyerahkan sumbangan cek RM20,000 kepada Ab Wahab di ibu pejabat AMB, di Kuala Lumpur.

SHAH ALAM– Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mengambil langkah proaktif membantu komuniti yang memerlukan membuat persediaan sempena sambutan hari raya melalui sumbangan RM20,000 kepada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan AMB, Tomoharu Abe berkata, AMB berharap inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto dapat menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan serta menceriakan sambutan raya pada tahun ini.

Iklan
Iklan

"Covid-19 masih berleluasa dalam kalangan masyarakat kita, memasak di rumah telah menjadi norma dan keperluan baharu dalam setiap keluarga.

"AMB menggalakkan orang ramai untuk ‘Kongsi Resipi, Kongsi Rezeki’ melalui perkongsian hidangan raya istimewa yang menyelerakan di Facebook / Instagram,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, Abe telah menyerahkan sumbangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Ab Wahab Long, di ibu pejabat AMB, di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut mengenai ‘Kongsi Resipi, Kongsi Rezeki’, beliau berkata, orang ramai berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000 dengan mengikuti tiga langkah mudah iaitu ‘Follow’ dan ‘Like’ laman Facebook Hi Ajinomoto.

Iklan

"Langkah kedua dengan mengambil gambar dan berkongsi hidangan raya yang menggunakan produk AMB dan langkah ketiga ialah tag Facebook Hi Ajinomoto dan Tanda Pagar #hiajinomoto #Kongsiresipikongsirezeki #Ajinomotoraya2021,” katanya.

Katanya, peraduan itu berlangsung bermula 15 April hingga 30 Mei 2021. Pengumuman pemenang akan dibuat setiap minggu di laman Facebook Hi Ajinomoto.

"AMB juga menawarkan pek bundle raya yang eksklusif di kedai perdana mereka di Shopee & Lazada. Pek bundle raya hanya akan ditawarkan sehingga 30 Mei 2021.

"AMB berharap semua orang akan dapat menikmati perayaan pada tahun ini dengan menyediakan hidangan yang lazat dan kekal selamat sepanjang tempoh pandemik ini,” katanya.