China sedia bantu India atasi wabak

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

BEIJING - China turut prihatin dan simpati dengan perkembangan situasi wabak di India dan bersedia memberikan sokongan serta menawarkan bantuan, kata Menteri Luar, Wang Yi.

Beliau berkata demikian ketika bercakap menerusi telefon dengan rakan sejawatannya dari India, S Jaishankar pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Wang Yi berkata, Palang Merah, kerajaan tempatan dan pertubuhan rakyat di China telah menghulurkan bantuan kepada India serta berharap rakyat negara itu mampu mengharungi detik yang mencabar.

Beliau menyatakan, China akan terus menggalakkan syarikat domestik meningkatkan pengeluaran bahan perubatan untuk disalurkan kepada India.

Iklan

Di samping itu, pihak berkuasa China akan memberi kemudahan kepada kelulusan kastam dan pengangkutan bahan perubatan kepada negara itu, di samping mengadakan telesidang bagi pakar kedua-dua negara berkongsi pengalaman.

S Jaishankar merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada China atas bantuan dan sokongan yang diberikan.

Iklan

Katanya, wabak Covid-19 merupakan cabaran global dan memerlukan kerjasama masyarakat antarabangsa.

Langkah-langkah diambil China amat penting dan India bersedia meningkatkan kerjasama untuk mencegah penularan wabak, ujarnya. - Bernama