Tengku Permaisuri Selangor hargai ucapan takziah rakyat

Iklan
Allahyarham Abdul Rahman Baba meninggal dunia pada 20 April lalu dan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam. - Foto Facebook Selangor Royal Office

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berterima kasih atas ingatan rakyat yang mengucapkan takziah susulan kepulangan ayahanda baginda, Abdul Rahman Baba ke rahmatullah pada 20 April lepas.

"Saya dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seluruh ahli keluarga amat berbesar hati dan berterima kasih atas ucapan takziah yang kami terima daripada pelbagai pihak serta rakyat jelata.

Iklan
Iklan

"Meskipun masih bersedih atas pemergian ayahanda saya yang amat dikasihi, Allahyarham Abdul Rahman Baba, namun keprihatinan dan setiap doa yang disampaikan untuk Allahyarham, amatlah kami hargai.

"Terima kasih sekali lagi dan kami doakan agar sekalian rakyat terus dilindungi dan dilimpahi rahmat Allah Subhanahuwataala," kongsi baginda dalam hantaran menerusi laman Instagram dan Facebook Selangor Royal Office pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Abdul Rahman, 89, meninggal dunia kerana sakit tua pada 3.40 pagi di kediamannya di Seksyen 13 dan jenazahnya disemadikan di Makam Diraja Shah Alam di sini. - Bernama