SHAH ALAM - Bekas Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Allahyarham Datuk Abdul Jalil Ali menerima anugerah khas Gerakan Media Merdeka (Geramm) pada Sabtu.
Anugerah tersebut bagi menghargai jasanya yang berkecimpung dalam dunia media hampir 47 tahun.
Iklan
Iklan
Selain Abdul Jalil, dua lagi penerima ialah pengasas akhbar lidah rasmi Pas, Harakah dan bekas wartawan, Allahyarham Ahmad Subky Abdul Latif serta bekas Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Allahyarham Datuk Ahmad Abd Talib.
Anugerah berkenaan sempena Media Solidarity Awards 2021 & World Press Freedom Day 2021 pada Sabtu.
Iklan
Iklan