SEREMBAN - Gara-gara melakukan aksi berbahaya dan berlumba sesama sendiri, lapan individu ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas) pada Sabtu.
Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi itu dijalankan bermula jam 10 malam sehingga 7 pagi dengan disertai dua pegawai dan 20 anggota JSPT.