PN beri jaminan akan laksana undi 18 secepat mungkin

Iklan
Takiyuddin menyampaikan ucapan pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Dewan Bunga Raya Majlis Perbandaran Kota Bharu pada Ahad. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan undi 18 tahun akan dilaksanakan secepat mungkin melangkaui jangkaan pemerintah terdahulu yang mengatakan proses itu akan berlaku selewat-lewatnya pada Julai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan proses itu akan dilaksanakan jika ada Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Dengan mempercepatkan proses itu, saya yakin kita (PN) dapat berbuat sesuatu yang baik untuk negara berkait dengan undi 18 tahun," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Menurutnya, keputusan membenarkan proses berkenaan berlangsung kerana peringkat umur tersebut sudah mempunyai kematangan sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang negara.

Iklan

Katanya, kebanyakan negara-negara luar sudah mengamalkan budaya tersebut dalam proses pilihan raya.

Ahli Parlimen Kota Bharu dari Pas itu berkata, semasa anggota kerajaan pada hari ini menjadi pembangkang, pihaknya memberikan sokongan penuh kepada perlaksanaan cadangan itu menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan menerusi perkara 119 untuk turunkan umur mengundi dari 21 ke 18 tahun.

Iklan

Beliau berkata, perkara itu sudah memasuki fasa terakhir untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.