Muhyidin tangguh lawatan rasmi ke Singapura

Iklan
Muhyiddin Yassin

SINGAPURA - Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin ke Singapura yang pada mulanya dijadualkan pada Isnin, kini ditangguhkan ke satu tarikh lain tahun ini, menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Ini disebabkan tumpuan semasa Perdana Menteri ketika ini adalah terhadap jumlah jangkitan Covid-19 yang meningkat baru-baru ini,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan media.

Iklan
Iklan

Hishammuddin yang sedang dalam rangka lawatan kerja dua hari di Singapura berkata, Perdana Menteri dijadualkan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong untuk berbincang dan bermuafakat dalam isu berkaitan perjalanan merentas sempadan secara beransur dan untuk memudahkan perjalanan rakyat antara negara masing-masing.

Bagaimanapun menurutnya, keadaan semasa Covid-19 tidak menyediakan persekitaran yang selesa bagi kedua-dua perdana menteri untuk berbincang dan mencapai kata sepakat dalam perkara yang"kita tahu rakyat di kedua-dua negara Malaysia dan Singapura telah lama dinantikan”.

Iklan

"Rundingan ini, yang sememangnya sedang diusahakan, memerlukan kerja keras pelbagai agensi dan kementerian.

"Namun disebabkan keadaan yang tidak menentu, dengan sebarang kemungkinan boleh berubah pantas pada bila-bila masa, ia menimbulkan persekitaran yang amat mencabar bagi kedua-dua pihak untuk tampil dengan penyelesaian yang konkrit dan selamat berhubung perjalanan rentas sempadan bagi rakyat kedua-dua negara. Kesihatan awam perlu sentiasa menjadi keutamaan kita, itu yang membawa kepada perbincangan hari ini,” katanya.

Iklan

Merujuk kepada lawatannya, Hishammuddin berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran di tengah pandemik, kita berjaya mengadakan pertukaran lawatan, yang menjadi bukti kepada hubungan kukuh antara kedua-dua negara, semangat tinggi dan ikatan setiakawan antara Malaysia dan Singapura.

Hishammuddin juga dijadualkan mengunjungi Perdana Menteri, Lee Hsien Loong serta Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Singapura, Teo Chee Hean semasa lawatannya.

"Sebagai jiran yang penting dan paling dekat, dengan hubungan sejarah antara rakyat dua negara yang yang cukup rapat, kedua-dua negara kita akan terus bekerjasama dalam pelbagai bidang, terutama dalam era pasca pandemik," kata Hishammuddin. - Bernama