Bazar Ramadan Raub tutup, peniaga dibenarkan berniaga depan rumah

Iklan
Mohammad Shahid

RAUB - Operasi Bazar Ramadan Raub dihentikan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bandar itu berkuat kuasa pada Jumaat lalu sehingga 13 Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Raub, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, langkah penutupan itu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak Majlis Daerah Raub bagaimanapun membenarkan peniaga yang terlibat untuk meneruskan perniagaan tertakluk syarat-syarat.

"Peniaga boleh memilih mana-mana lokasi perniagaan yang sesuai asalkan tidak mengganggu lalu lintas dan tidak membahayakan pengguna jalan raya.

Iklan

"Jarak yang sesuai antara gerai dan tidak hanya tertumpu di satu lokasi," katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.

Mohammad Shahid berkata, peniaga juga dibenarkan berniaga di hadapan rumah.

Iklan

"Dalam tempoh itu peniaga dibenarkan berniaga secara percuma tanpa perlu memohon Lesen Penjaja Beredar daripada pihak majlis.

"Peniaga diingatkan mematuhi SOP dengan menyediakan kod QR MySejahtera dan memastikan pelanggan mendaftar sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau buku rekod pelanggan, mengambil suhu badan dan sentiasa memakai pelitup muka," katanya.