KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) memohon Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menangguhkan semakan gaji minimum yang dijadualkan pada Februari 2022.
Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, kini bukan masa yang sesuai untuk menambahkan kos menjalankan perniagaan kerana majikan terpaksa menggunakan langkah pemberhentian dan pengurangan pekerja selain pemotongan gaji 30 hinga 50 peratus, berikutan kesan pandemik Covid-19.