Kucing jalanan

Iklan

Peminat Kucing, Nor Izyan Syahida Rosli, 26, memberi makanan kepada sekumpulan kucing jalanan di Pantai Cahaya Bulan di sini.

Hampir setiap petang Nor Izyan Syahida akan berkunjung ke pantai tersebut bagi memberi makanan dan minuman kepada lebih 100 ekor kucing jalanan yang rata-rata dibuang pemilik asal, malah ada yang sakit dan amat memerlukan rawatan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata kali pertama datang ke lokasi tersebut kira-kira setahun yang lepas sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua kilogram makanan kucing yang dibawanya habis dalam tempoh singkat. - Foto Bernama