Pembantu Kesihatan Awam Unit Tindakan Khas, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ahmad Nizuan Nordin (dua, kanan) bersama petugasnya menyiapkan inovasi suasana sambutan Aidilfitri di kampung dengan menggunakan bahan terpakai di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini hari ini.
Menurut Ahmad Nizuan, semua rekaan atau inovasi yang dihasilkan dengan menggunakan bahan yang dikitar semula seperti tayar lama, pelbagai jenis plastik terutamanya botol plastik, kayu, paip, tali, tin, kadbod, palet dan lain-lain.