Acryl Sani mahu PDRM teruskan perjuangan yang belum tamat

Iklan
Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyampaikan ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang bakal menggalas jawatan Ketua Polis Negara (KPN) berkuat kuasa Selasa mahu semua kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan perjuangan pasukan itu yang belum tamat.

Beliau berkata, menjadi KPN adalah tugas yang berat dan tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian.

Iklan
Iklan

"Menjadi KPN adalah satu tugas yang berat seolah-olah beban diletakkan di atas kedua-dua bahu saya. Saya percaya saya tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab ini jika bersendirian,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas KPN di Bukit Aman di sini pada Isnin.

Ditanya mengenai hala tuju PDRM di bawah kepimpinan beliau sebagai KPN baharu, Acryl Sani berkata, perkara itu akan diumum kemudian.

Iklan

"Saya akan berikan fokus PDRM tidak berapa lama lagi dalam satu sesi khas untuk semua media. Pada sesi itu saya akan membentangkan apakah perkara-perkara yang perlu menjadi fokus utama PDRM,” katanya.

Pada Isnin, Acryl Sani menerima tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini.

Iklan

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu PDRM itu disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang mewakili Menteri Dalam Negeri. - Bernama