BELURAN – Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun hilang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Muanad 3 di sini hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah malam ini, kehilangan Amanual Darius dilaporkan pukul 4.56 petang tadi oleh bapanya yang datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran meminta pertolongan mencari anaknya.