‘Selesailah baik-baik’

Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Jumaat lalu.

KONFLIK membabitkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) diharap dapat diselesaikan dengan baik demi masa depan sukan tersebut.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran berkata, pertikaian yang berlaku antara PSM dan ASTAF ketika ini mampu mengundang kesan buruk terhadap skuad kebangsaan dan program pembangunan di peringkat akar umbi.

Iklan
Iklan

"Keadaan ini sebenarnya akan menjejaskan banyak perkara. Antaranya prestasi kita sebagai penggiat tradisi sukan sepak takraw antarabangsa selain akan memalukan negara.

"Ia juga akan menyaksikan kita kehilangan peluang untuk beraksi dalam pertandingan di peringkat antarabangsa dan banyak lagi kesannya. Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan baik demi sukan sepak takraw di negara ini,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini

Iklan

Minggu lepas, ASTAF dalam satu kenyataan telah membuat keputusan menggantung sementara PSM daripada sebarang aktiviti berkaitan sukan itu berikutan kenyataan Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail mengenai pemilihan badan pentadbir sepak takraw Asia pada 1 Mac lalu.

Malah, ASTAF sebelum itu telah mengenakan hukuman penggantungan sementara ke atas Ahmad yang berdepan dengan dengan empat pertuduhan.

Iklan

Namun, Ahmad menegaskan PSM tidak akan tunduk dan akan mengheret ASTAF ke mahkamah bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik yang berlaku.

Mengulas lanjut, Markiman berharap PSM dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyelesaikan perkara tersebut selain berhubung secara lebih proaktif dengan ASTAF.

"Saya risau jika perkara ini berterusan kita akan kehilangan PSM dan ada dalam kalangan sudah bersuara jika dibatalkan kita terpaksa buat badan gabungan lain dan mendaftarkan dengan ASTAF untuk tujuan mewakili sepak takraw negara.

"Tetapi janganlah jadi sampai macam tu... sayang kerana PSM ini banyak sejarah besar dalam negara dan di dunia. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik,” ujarnya.