Selebriti patut jadi teladan patuh SOP Covid-19

Iklan
Jika diukur daripada pengikut dan peminat mereka, golongan selebriti mempunyai kelebihan untuk mengajak orang ramai menjadi lebih berhemah dan mematuhi peraturan berkaitan Covid-19 dan bukannya mencabar undang-undang. Gambar hiasan 123rf

MERAK Jalanan kadang-kadang tak faham dengan sikap segelintir selebriti popular yang bukan sahaja tidak sensitif dengan situasi Covid-19 yang melanda negara, malah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan.

Mereka bukan sahaja membelakangkan peraturan berkaitan Covid-19, bahkan tanpa rasa bersalah memuat naik aktiviti di media sosial seolah-olah berbangga dengan apa yang dilakukan mereka.

Iklan
Iklan

Tidakkah mereka sedar perbuatan tersebut bukan sahaja mengguris perasaan orang ramai yang ketika ini cukup tertekan dengan dugaan yang dilihat tidak berkesudahan.

Merak Jalanan tak mahu sebut selebriti mana yang terlibat, tetapi mereka yang melakukannya patut rasa bersalah di atas perbuatan itu walaupun mempunyai wang yang berlebihan untuk membayar kompaun.

Iklan

Sepatutnya mereka lebih rasional kerana setiap tindak-tanduk diperhatikan setiap masa. Adalah lebih baik memikirkan kesan setiap tindakan sebelum ia dilakukan.

Jika diukur daripada pengikut dan peminat mereka, golongan selebriti mempunyai kelebihan untuk mengajak orang ramai menjadi lebih berhemah dan mematuhi peraturan berkaitan Covid-19 dan bukannya mencabar undang-undang.

Iklan

Sewajarnya hukuman penjara sehari dan denda RM2,500 seperti yang dikenakan terhadap seorang selebriti media sosial dan suaminya yang mengaku bersalah memberi maklumat palsu kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu wajar menjadi peringatan dan iktibar kepada golongan selebriti.

Ataupun jika masih berdegil, hukuman penjara boleh ditambah kerana selebriti mungkin tidak hairan dengan jumlah denda tetapi akan merana jika terpaksa meringkuk lebih lama di dalam penjara.