KUALA LUMPUR - Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid disahkan positif Covid-19, berdasarkan daripada keputusan ujian saringan yang diperoleh pada Isnin.
Finas dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Zakaria akan menjalani tempoh kuarantin dan rawatan berdasarkan saranan dan pemantauan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).