Perkenalkan tarap, limau bali, bambangan di peringkat antarabangsa

Iklan
Jeffrey (tiga dari kiri) dan Joanna (kiri) menunjukkan mangga harumanis yang kini diedarkan di Sabah melalui AirAsia Farm.

KOTA KINABALU - Langkah AirAsia membawa 'terbang' produk pertanian melalui AirAsia Farm ke Sabah harus dimanfaatkan untuk memperkenalkan buah-buahan tempatan negeri ini ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, inisiatif AirAsia mengadakan aktiviti import dan eksport produk pertanian seperti mangga harumanis ke Sabah harus dipuji kerana syarikat penerbangan ini bukan saja memberi perkhidmatan membawa penumpang tetapi kini diperluaskan kepada produk makanan.

Iklan
Iklan

"Saya lihat ini adalah platform untuk melakukan pengeksportan dan memperluaskan pasaran kita dalam pertanian. Jadi saya berharap buah tempatan seperti tarap, limau bali dan bambangan bukan hanya dipasarkan di Semenanjung Malaysia tetapi juga di pasaran antarabangsa," katanya kepada pemberita padamajlis berbuka puasa bersama AirAsia Farm di sini pada Isnin.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata, penyediaan kemudahan penyimpanan sejuk beku akan membantu platform e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) baharu.

Iklan

Sementara itu, seramai 197 individu terdiri daripada petani, pengeluar daging, nelayan dan pengeluar produk makanan kering di Sabah telah berdaftar dengan AirAsia Farm.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Farm, Joanna Ibrahim berkata, pihaknya akan terus mendaftarkan pengeluar produk segar dan menghasilkan pangkalan data di Sabah.

Iklan

"Kami akan meningkatkan platform perniagaan ini untuk memberikan respons pantas dan memberikan nilai yang lebih baik untuk pembeli kami.

"Tidak lama lagi, semua pembeli antarabangsa kami dapat melihat hasil dan melihat kualitinya dari ladang. Selain itu, mereka akan mendapat kemas kini status produk bermula dari ladang hingga ke destinasi yang dituju," katanya.