Pelita minyak diesel

Iklan

Abdul Ieddy Abdullah Chik menyalakan sebahagian daripada 400 pelita yang dipasang di atas buluh berhampiran jalan utama Kampung Kudei Baru malam tadi, yang merupakan hasil gotong-royong bersama belia kampung tersebut bertujuan untuk memeriahkan suasana menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Menariknya, pelita-pelita itu dinyalakan menggunakan minyak diesel bagi menggantikan minyak tanah yang lazimnya digunakan.

Iklan
Iklan

Dinyalakan setiap hari bermula 7 malam hingga 7 pagi sejak malam pertama umat Islam berpuasa, nyalaan pelita-pelita tersebut juga adalah sebagai tanda solidariti buat petugas barisan hadapan yang tidak pernah jemu memerangi Covid-19 bagi memastikan ia tidak terus merebak. - Foto Bernama