Lompat parti: SPRM hanya boleh siasat jika berlaku penawaran wang

Iklan
Azam Baki

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh melakukan siasatan terhadap ahli politik yang lompat parti sekiranya ada sebarang bukti berlakunya penawaran wang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, ini kerana negara masih belum mempunyai Akta Anti Lompat Parti untuk menghalang tindakan tersebut.

Iklan
Iklan

"Siapa pun kalau nak lompat parti, itu hak kebebasan masing-masing. Tidak ada lagi undang melarang mana-mana pihak pergi ke parti lain.

"Jadi, Akta Anti Lompat Parti tidak wujud lagi. Saya tidak boleh komen sangat. Ini bukan satu kesalahan. Yang kita siasat kebanyakannya mereka yang contohnya meraih sokongan dengan membayar wang. Itu kita siasat bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya ketika ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan SPRM Tahun 2021 pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador supaya SPRM menyiasat unsur rasuah di sebalik tindakan sejumlah ahli Parlimen yang melompat parti.

Pada masa sama, Azam turut berkata, beliau juga tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai saranan Abdul Hamid agar Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) tidak sepatutnya dipengerusikan oleh seorang menteri bagi mengelak campur tangan politik.

Iklan

Katanya, ini kerana perkara itu merupakan hal dalaman pasukan keselamatan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN Cawangan Khas diminta lakukan kerja-kerja di luar bidang keselamatan negara - Hamid Bador