PENGENDALI Wolverhampton Wanderers, Nuno Esperito Santo berpuas hati biarpun skuad kendaliannya itu sekadar terikat 1-1 ketika berdepan West Bromwich Albion di Hawthorns pada awal pagi Selasa.
Menurut Nuno, biarpun menguasai perlawanan, namun pendekatan fizikal daripada pemain-pemain West Brom nyata telah membatasi asakan-asakan daripada Wolves.
"Kami mengawal permainan sejak wisel permulaan. Kami juga telah melalui beberapa detik yang baik pada perlawanan ini.
"Namun, kami juga seharusnya melakukan yang lebih baik pada beberapa ketika yang sewajarnya dengan mencipta beberapa peluang hingga ke sentuhan yang terakhir.
"Namun, mereka (West Brom) telah berjuang dengan bermati-matian dan ia semakin sukar apabila kita terpaksa berdepan dengan pemain-pemain yang memiliki fizikal yang baik,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan pemain Wolves, Fabio Silva membuka jaringan pada masa kecederaan separuh masa pertama sebelum Mbaye Diagne menanduk masuk gol penyamaan tuan rumah pada minit ke-62.
Berbaki empat perlawanan, keputusan berkenaan bagaimanapun menyaksikan Wolves terus berada pada kedudukan ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 42 mata manakala West Brom terus berada pada kedudukan kedua tercorot dengan 26 mata.