Saingan IJM Allianz Virtual Highway Run tampil lebih mencabar

Iklan
Wan Salwani

PEMINAT IJM Allianz Duo Highway Challenge kini boleh menyertai IJM Allianz Virtual Highway Run 2021 yang tampil lebih mencabar bermula 15 Mei ini setelah penganjuran acara tersebut tidak dapat dilaksanakan tahun lalu akibat Covid-19.

Acara itu akan berlangsung hampir sebulan hingga 13 Jun secara maya susulan situasi Covid-19 di negara ini yang belum reda dan pendaftaran akan dibuka dari 1 Mei hingga 13 Jun bagi membolehkan peminat merancang larian mengikut kesesuaian masa masing-masing.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, larian maya seperti itu kini kian popular selaras dengan situasi Covid-19 yang menyaksikan perhimpunan berskala besar tidak dibenarkan.

"Ini kerana kami mahu memberikan sesuatu kepada peserta yang boleh memulihkan motivasi dan membangkitkan semula semangat mereka untuk berlari.

Iklan

"Tanpa sebarang penganjuran larian, semangat setiap pelari akan menurun,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu 'Let's Run,' 'Hit The Wall' dan 'My Way, My Forte.'

Iklan

Bagi kategori pertama dan kedua, setiap larian boleh direkodkan menerusi apa sahaja aplikasi atau jam yang boleh merekodkan jarak larian sementara bagi kategori ketiga, gambar yang telah ditangkap perlu dimuat naik dengan tanda pagar #ijmhighwayrun2021 sekali gus menyaksikan peserta berpeluang menjadi pemenang.

Antara elemen menarik penganjuran acara itu ialah yuran penyertaan yang berpatutan iaitu RM29 dan RM39 dengan peserta akan mendapat kemeja T serta pingat.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang http://www.ijmhighwayrun.com atau Facebook IJM Allianz Duo Highway Challenge.