11 pengunjung bazar Ramadan langgar SOP dikompaun RM2,000

Iklan
Mior Faridalathrash (kanan) bertemu dengan peniaga ketika melakukan pemantauan SOP di Bazar Ramadan Stadium Perak, Ipoh pada Selasa.

IPOH - Seramai 11 individu yang mengunjungi bazar Ramadan di Perak dikompaun RM2,000 setakat ini kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sembilan daripada mereka dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka manakala dua lagi gagal menulis nama atau mengimbas kod QR.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua kompaun tersebut masing-masing dikeluarkan di daerah Manjung, Hilir Perak dan Kampar.

"Saya ingin menasihatkan masyarakat untuk mematuhi SOP ditetapkan supaya mereka tidak dikenakan kompaun sepanjang tempoh pelaksanaan bazar Ramadan di seluruh Perak.

Iklan

"Kadar pematuhan SOP di Perak ketika ini sebanyak 96 peratus. Kita harap rakyat Perak dapat mengekalkan kadar pematuhan SOP di negeri ini supaya jangkitan Covid-19 tidak terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan SOP Covid-19 di Bazar Ramadan Stadium Perak di sini pada Selasa.

Mior Faridalathrash turut menegur segelintir peniaga yang tidak memakai pelitup muka dengan sempurna ketika tinjauan di Bazar Ramadan Stadium Perak.

Iklan

Katanya, jika keadaan seperti itu masih berlaku, pihak penguat kuasa akan mengambil tindakan kompaun kepada peniaga berkenaan.