Anak-anak yatim dan asnaf dari rumah Permata Kasih Mengkuang dan Alma membeli-belah baju raya di pusat beli-belah Mydin Kompleks Bukit Jambul hari ini.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) mengadakan Program Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan membawa 21 anak-anak tersebut berumur di antara tujuh tahun hingga 12 tahun dari dua buah rumah berkenaan dalam sesi membeli belah sempena Hari Raya Aidilfitri.