Indonesia kesan varian Covid-19 India, Afrika Selatan

Iklan
Varian Covid-19 India dan varian B1351 Afrika Selatan kini dikesan di Indonesia. - Gambar hiasan 123RF

JAKARTA - Varian Covid-19 India dan varian B1351 Afrika Selatan kini dikesan di Indonesia.

Terdapat dua kes di Jakarta melibatkan varian yang pertama kali dikesan di India sementara satu kes melibatkan varian Afrika Selatan dilaporkan di Bali, kata Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin.

Iklan
Iklan

"Kita mesti mengekang penularan virus. Virus ini mudah berjangkit dengan cepat,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan di sini pada Selasa.

Setakat ini, Indonesia juga telah mengesan 13 kes varian B117 dari United Kingdom (UK).

Iklan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenal pasti B117 dan B1351 sebagai varian yang membimbangkan. Varian India, dikenali B1617, menjadi perhatian memandangkan negara ini sedang diancam lonjakan kes tertinggi dunia. - Bernama

Iklan