JDT tipis atasi Kedah 1-0

Iklan
Da Silva (tengah) menyempurnakan sepakan penalti untuk Kedah pada minit ke-90. -Foto KDA FC

PENDAHULU Liga Super 2021, Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih tiga mata penuh apabila mengatasi Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0 pada aksi ke-12 di Stadium Darul Aman pada Selasa.

Tuan rumah berpeluang untuk berada di hadapan seawal minit ke-4 melalui Rabih Ataya namun tendangannya sekadar singgah di tiang gol pelawat.

Iklan
Iklan

JDT yang turun untuk mencari keputusan positif di Alor Setar diberikan tentangan sengit oleh Hijau Kuning apabila menutup segenap apabila mereka diserang.

KDA FC memperolehi peluang keemasan kedua untuk berada di hadapan sekali lagi pada minit ke-40 namun tandukan Kpah Sherman hanya sekadar singgah di palang gol pelawat.

Iklan

JDT kembali mengatur serangan lebih kemas sebaik separuh masa kedua bermula dan memperolehi peluang menjaringkan gol pada minit ke-50 menerusi Bergson da Silva namun tandukannya berjaya ditepi keluar oleh Shahril Shaari.

Asakan yang dilakukan pendahulu Liga Super itu menyaksikan pasukan tersebut dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-90 selepas Mohamadou Sumareh dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Renan Alves.

Iklan

Da Silva berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan JDT di hadapan 1-0 dan keputusan tersebut kekal hingga ke wisel penamat.