PSG berhak dapat keputusan lebih baik

Iklan
Pochettino

PENGENDALI Paris Saint Germain (PSG), Mauricio Pochettino menyifatkan pasukannya berhak mendapat keputusan lebih bagus selepas tewas kepada Manchester City dengan agregat 1-4 dalam aksi separuh akhir liga Juara-Juara.

Menurut Pochettino, para pemainnya beraksi dengan lebih baik dalam dua perlawanan separuh akhir itu biarpun tewas 1-2 pada aksi pertama dan 0-2 dalam perlawanan timbal balik di Etihad pada awal pagi Rabu.

Iklan
Iklan

"Jika dianalisa dalam dua perlawanan tersebut, kami mendominasi pasukan yang sukar untuk dikawal. Anda hanya memerlukan sedikit tuah untuk menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan itu.

"Saya sangat kecewa kerana kami berhak mendapat keputusan lebih baik. Tetapi, saya akui City lebih klinikal berbanding kami. Mereka menjaringkan gol yang dimahukan dan kami pula bermain dengan corak permainan yang kami mahukan.

Iklan

"Memang agak mengecewakan kerana sasaran kami adalah mara ke final. Namun, kami perlu sentiasa positif terutama selepas disingkirkan ini. Ini adalah proses dan kami perlu menganalisis situasi ini.

"Kami berjaya mara ke peringkat ini selepas menewaskan Barcelona dan Bayern Munich. Memang memalukan gagal ke final, tetapi pemain saya tidak pernah berputus asa dan berjuang hingga ke akhir perlawanan," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Riyad Mahrez meledak dua gol untuk City pada minit ke-11 dan ke-63 dengan PSG gagal untuk menembusi gawang tuan rumah selain perlu bermain dengan 10 pemain selepas Angle di Maria dibuang padang pada minit ke-69.

"Kami juga bermain dengan 10 pemain untuk tempoh 30 minit yang menjadi kekurangan kepada kami. Namun, kami akan kembali dengan lebih kuat dengan kelab dan pemain akan bersedia untuk menang baki perlawanan musim ini," ujar Pochettino.