Dua ditahan miliki rokok tidak bercukai bernilai RM1.4 juta

Iklan
Antara kotak berisi rokok tidak bercukai yang dirampas dalam serbuan di Kepong pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan kerana disyaki memiliki 183 kotak rokok pelbagai jenama tidak bercukai bernilai RM1.4 juta dalam Op Kontraban di Kepong, di sini pada Selasa.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, dua lelaki berusia 32 dan 34 tahun itu berjaya diberkas hasil maklumat orang awam.

Iklan
Iklan

"Kita turut merampas sebuah kereta, sebuah lori dan wang tunai sebanyak RM60,000," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Azri berkata, hasil semakan mendapati salah seorang suspek memiliki rekod jenayah lampau.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua suspek itu telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya.