Ishsam mahu segera selesaikan masalah Perak FC

Iklan
Ishsam Shahruddin

PENGURUS Perak FC, Ishsam Shahruddin mahu memberikan fokus untuk segera menyelesaikan beberapa masalah yang membelenggu skuad The Bos Gaurus itu.

Menurut Ishsam, segala permasalahan itu perlu diselesaikan segera kerana sekiranya dibiarkan berlarutan, ia dibimbangi boleh mengganggu rentak Perak FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Iklan
Iklan

"Pertamanya, terima kasih kepada pihak pengurusan Perak FC yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas ini. Insyaa-ALLAH, saya akan gunakan segala pengalaman yang saya miliki.

"Fokus utama saya di peringkat awal ini adalah untuk mengenal pasti apa-apa masalah serta isu berbangkit yang dihadapi pasukan ini. Saya sedar ada perkara yang perlu ditangani segera,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.

Iklan

Pada Sabtu, Ishsam yang juga bekas pemain Perak secara rasmi diumumkan sebagai pengurus Perak FC manakala Azman Noh dilantik selaku pengurus skuad Perak FC II.

Mengulas mengenai perancangan yang bakal dilaksanakan terhadap Perak FC, Ishsam berkata, beliau akan bekerjasama rapat dengan pengendali, Chong Yee Fatt bagi membentuk barisan terbaik.

Iklan

"Antara tugasan saya adalah untuk memberikan sokongan moral serta berkongsi pengalaman sebagai bekas pemain bola sepak Perak kepada pegawai dan pemain Perak FC.

"Bagi saya, sokongan moral amat penting bagi menaikkan semangat mereka, apatah lagi kedudukan dan prestasi Perak FC dalam saingan Liga Super ketika ini tidak begitu baik,” jelasnya.