Peniaga, pengunjung bazar Ramadan diingat terus patuh SOP

Iklan
Azhar menyampaikan kit cecair sanitasi tangan berserta pelindung muka dan topi kepada salah seorang peniaga Bazar Ramadan Jalan Meranti, Batang Kali pada Selasa.

HULU SELANGOR - Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Dr Mohd Azhar Mohamed Ali turun padang meninjau sendiri operasi tapak bazar Ramadan Jalan Meranti, Batang Kali pada Selasa.

Beliau meluangkan masa lebih satu jam bertemu peniaga dan pengunjung bagi melihat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sana.

Iklan
Iklan

Mohd Azhar berkata, pihaknya berpuas hati dengan pematuhan SOP di bazar Ramadan, namun dalam masa sama mengingatkan pematuhan tersebut perlu dikekalkan dalam usaha membendung Covid-19.

"Orang ramai perlu sentiasa beringat akan ancaman wabak Covid-19 yang masih perlu dibendung penularannya.

Iklan

" Peniaga dan orang ramai yang berkunjung di bazar perlu sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Jangan leka dan mengabaikan penjarakan fizikal serta pastikan memakai pelitup muka dengan betul," katanya ketika membuat tinjauan pada Selasa.

Kunjungannya sekitar jam 4.30 petang itu disambut oleh Timbalan Yang Dipertua MDHS, Awaluddin Zakaria dan Pengarah Jabatan Pelesenan, Kamaruzzaman Abdul Rahman.

Iklan

Turut hadir Ahli Majlis MDHS, S Murali dan Tan Lai Zhen serta barisan pengarah dan ketua jabatan MDHS.

Dalam masa sama, Mohd Azhar turut menyampaikan sumbangan berbentuk kelengkapan pencegahan dan pembersihan seperti sanitasi tangan, pelindung muka dan topi kepada 47 peniaga.