Kerajaan patut tetapkan sasaran kes selepas umum PKP

Iklan
Syed Saddiq

SHAH ALAM - Kerajaan sepatutnya meletakkan sasaran jumlah penurunan kes Covid-19 yang perlu dicapai apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pelaksanaan PKP kepada enam daerah di Selangor hanya sekadar jalan pintas dan cubaan untuk menunjukkan bahawa kerajaan menjalankan kerja.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, rakyat sudah hilang rasa percaya terhadap tindakan kerajaan dalam melaksanakan PKP tersebut.

"Perasaan rakyat sudah boleh dilihat jelas apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk melaksanakan PKP 3.0 kepada enam daerah di Selangor.

Iklan

"Rakyat bukan mahu menentang tetapi sudah hilang rasa percaya kepada pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan PN. Seolah-olah membuat PKP itu hanya sekadar cukup syarat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Rabu.

Pada Selasa, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang bermula Khamis sehingga 17 Mei ini.

Iklan

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, pengumuman Ismail Sabri itu tidak dapat diterima kerana pelaksanaan PKP tidak dibuat dengan cara yang tepat.

"Contohnya, kadar infeksi wabak pandemik di Kuala Lumpur adalah yang ketiga tertinggi iaitu 174 daripada 100,000 populasi. Jauh lebih tinggi dari Selangor iaitu 126 daripada 100,000 populasi. Tapi kenapa Kuala Lumpur tidak dibuat PKP?

"Ada lagi yang berseloroh kepada saya, di sekeliling kawasan Kuala Lumpur (Gombak, Petaling, Sepang dan Hulu Langat) semua kena PKP, tetapi Kuala Lumpur di tengah-tengah tak kena pula?” soal beliau.

Jelasnya, kerajaan tidak boleh mengelirukan masyarakat berkaitan pelaksanaan PKP tersebut.

"Tindakan ini adalah jalan pintas kerajaan dan cubaan mahu tunjuk kerajaan sedang bekerja. Tapi hasilnya kita semua tahu. Kes sudah mencecah lebih 2,000 setiap hari walaupun darurat dikatakan dibuat untuk melawan Covid-19,” katanya.