Berlumba, buat aksi 'superman' sebelum waktu berbuka

Iklan
Sebahagian daripada sembilan remaja yang ditahan polis dalam serbuan di hadapan Klinik Kesihatan Tok Uban, Pasir Mas pada Selasa. - Foto Polis Pasir Mas

PASIR MAS - Sembilan remaja yang sedang berlumba motosikal secara haram ketika umat Islam sedang bersiap untuk berbuka puasa dicekup polis dalam serbuan di hadapan Klinik Kesihatan Tok Uban di sini pada Selasa.

Serbuan yang dilakukan hasil aduan orang awam itu menahan remaja berusia 17 hingga 21 yang melakukan aksi 'superman'.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai membuat pemeriksaan di lokasi sebelum kesemua mereka ditahan.

"Siasatan awal mendapati lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan golongan remaja melakukan aktiviti berbahaya itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Mohd Nasaruddin berkata, kumpulan remaja berkenaan memilih waktu sebelum berbuka bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu oleh pihak polis.

"Dalam operasi itu sebanyak 33 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai motosikal, memandu secara berbahaya dan tiada lesen memandu," katanya.

Iklan