KUALA LUMPUR - Kerajaan menyekat warganegara dari Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka daripada memasuki Malaysia susulan tambahan sekatan penerbangan dari dan ke India berikutan kebimbangan penularan Covid-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekatan tersebut melibatkan semua kategori pemegang pas lawatan sosial jangka panjang, pelawat perniagaan antarabangsa dan lawatan sosial.