Tok Mat digantung 15 tahun

Iklan
Ahmad - Foto Bernama

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (ASTAF) menjatuhkan hukuman gantung terhadap Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail daripada sebarang aktiviti sukan tersebut selama 15 tahun berkuat kuasa Khamis.

Keputusan itu dibuat selepas satu Sidang Disiplin Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAFDP) secara maya yang dihadiri wakil dari tujuh negara seperti India, Iran, Jepun serta Pakistan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Malah, ASTAF turut memerintahkan Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat membayar kepada ASTAF AS$25,000 (RM102,937) bagi menampung kos perbicaraan panel tatatertib berkenaan dan jika gagal hukuman gantung tersebut akan ditambah dua tahun lagi.

Pengerusi Panel Pendengaran Disiplin ASTAF, Profesor Chalerm Chaiwatcharaporn berkata, Ahmad didapati bersalah dalam empat pertuduhan termasuk pelanggaran Artikel 5.5 undang-undang ASTAF iaitu menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk meminta campur tangan keputusan pemilihan Kongres Astaf pada 1 Mac lalu.

Iklan
Iklan

"Sebagai defendan, Ahmad mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan terhadap hukuman itu dan jika rayuannya gagal, dia perlu membayar ganti rugi dalam masa 14 hari dari notis terakhir yang dikeluarkan oleh ASTAF,” katanya.