Keadaan di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam menghala ke UpTown Shah Alam (Seksyen 25) yang sesak ketika tinjauan menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tepat jam 12 malam ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dikenakan PKP yang berkuat kuasa bermula 7 Mei hingga 20 Mei 2021.