Kempen Cahaya Aidilfitri meriahkan MyTOWN KL

Iklan
Suasana Kampung Cahaya di MYTOWN KL.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sempena kehadiran Syawal, MyTOWN KL mengadakan kempen Cahaya Aidilfitri bermula 23 April hingga 23 Mei 2021 dengan dihiasi lampu berwarna-warni yang mempesonakan, sekali gus menyerlahkan lagi keindahan pusat beli-belah itu.

MyTOWN KL dalam kenyataan pada Isnin berkata, selain menambah kemeriahan sambutan Aidilfitri, pusat beli-belah itu juga mempersembahkan Muzikal Raya bertemakan Cahaya Aidilfitri di Central Town pada setiap hujung minggu bermula 29 April hingga 23 Mei 2021.

Iklan
Iklan

"Muzik interaktif ini mempersembahkan kisah rumah berusia dikenali sebagai Pak Cengal dalam sebuah kampung dikelilingi oleh Rohit dan Rokiah sebagai bunga api, manakala pelita pula ialah Encik Lip dan Miss Lap serta Yam sebagai meriam buluh.

"Suasana di Kampung Cengal turut diiringi lagu raya dendangan Puan Sri Saloma bertajuk Selamat Hari Raya dan Tan Sri P Ramlee dengan lagu Dendang Perantau,” menurut kenya-taan tersebut.

Iklan

MyTOWN KL berkata, lebih menarik menjelang Aidilfitri, pelanggan boleh memanjakan diri dengan mengunjungi beberapa kedai yang terdapat di Central Town dan Ground Floor Raya untuk mendapatkan pakaian raya daripada MC vouge dan Christy Ng.

"Turut disediakan adalah makanan istimewa daripada Famous Amos, 6inchbakery dan Duria,” katanya.

Iklan

MyTOWN KL turut memberikan penghargaan kepada pembeli dengan membeli-belah melalui aplikasi MyTOWNKL.

"Pembeli yang membeli dan mengumpul minimum 60 mata melalui aplikasi MyTOWNKL layak membawa pulang sampul raya Glitzampul eksklusif dan payung Glambrella edisi terhad dengan harga 300 mata dan seterusnya.

"Sertailah riang ria raya di Cahaya Aidilfitri Digital Stamp Card Challenge MyTOWN KL dengan menjalani hari yang hebat dan menyelesaikan cabaran di MyTOWN untuk menerima baucar makan yang menarik daripada IKEA, Urban Juicer, Juan Valdez Café dan lain-lain,” katanya.

Membawa suasana kebersamaan, warna dan pencahayaan, MyTOWN KL memancarkan kebahagiaan Aidilfitri dengan filem pendek lima minit berjudul Kuih Bangkit Atia - mengatasi cabaran peribadi.

Dilancarkan menerusi Facebook rasmi dan saluran YouTube MyTOWN KL, filem itu mengisahkan Atia mengatasi penderitaan peribadi dan mengukuhkan ikatan dengan ibunya bermula daripada membuat kuih bangkit pada musim hari raya.