RichWorks International terus perkasa PKS

Iklan
Pihak pengurusan Richworks International bergambar bersama usahawan yang terkesan akibat Covid-19.

KUALA LUMPUR - RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International) akan terus memperkasa usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama yang memerlukan bantuan berikutan terkesan dengan pandemik Covid-19.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, pihaknya memahami masalah yang dihadapi oleh usahawan dan PKS yang terpaksa mencari jalan untuk memastikan bisnes mereka dapat bertahan.

Iklan
Iklan

Justeru, pihaknya melancarkan program Zero Kos Marketing (ZKM) – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya memfokuskan soal pemasaran yang merupakan salah satu aspek terpenting untuk setiap perniagaan terus bertahan sekali gus berkembang ke tahap lebih tinggi.

"Melalui panduan ilmu pemasaran tanpa kos yang kami bawakan secara percuma dari 28 hingga 30 Mei 2021, diharap dapat membantu dan digunakan sepenuhnya oleh usahawan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ZKM di sini pada Selasa.

Iklan
Naib Presiden Mentorship, Hafiz Jasmi (kiri); Naib Presiden Kanan (SVP), Suley Nordyana Yahya (dua dari kiri) Timbalan Naib Presiden Kanan (ASVP), Radz Mohd (kanan).

Tambah Radz, majlis berkenaan merupakan yang pertama buat RichWorks meraikan PKS, wakil persatuan serta pertubuhan bersama pihak media bagi terus mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping mengetahui dengan lebih mendalam isu atau masalah yang sedang dihadapi.

"RichWorks yang begitu dekat dengan PKS sejak 2008 telah membimbing lebih 1.1 juta orang. Seramai 400,000 usahawan dilatih secara maya ketika bermulanya pandemik pada tahun lalu,” ujarnya.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai cabaran selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, beliau berkata, mungkin ada anggota masyarakat yang banyak berbelanja dan mula mencari cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan berbisnes.

"Mentor yang merupakan Pengasas RichWorks, Datuk Dr Azizan Osman mengumpamakan pemasaran sebagai oksigen bagi seseorang usahawan.

"Tanpa oksigen, seseorang itu tidak dapat bernafas dan akan mati. Begitu juga dengan bisnes, jika tidak ada atau salah teknik pemasarannya, bisnes mungkin akan ditutup,” jelasnya.

Radz memberitahu, program yang akan dijalankan itu turut berkongsi panduan dan tip penting bagi usahawan memanfaatkan ZKM untuk memastikan bisnes mereka terus bertahan dan jualan meningkat.

Dalam majlis tersebut, Radz turut mengumumkan pemenang pertama Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama iaitu Erdayu Rosli.

Erdayu ialah ejen Chocodaps yang mendapatkan tajaan permentoran Spire secara percuma bernilai RM25,000 bagi tempoh setahun.

"Erdayu akan dibimbing dalam empat teras utama iaitu jualan dan pemasaran, kepimpinan, pematuhan dan operasi.

"Kesemua elemen itu perlu bagi membina sebuah bisnes berjaya dan mampu mencapai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh enam bulan ke setahun.

"Kami masih mencari sembilan usahawan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti bisnes telah beroperasi selama tiga tahun dan lain-lain lagi,” katanya.

Untuk keterangan lanjut mengenai program ZKM dan peraduan Aspirasi, orang ramai boleh melayari www.BinaBisnesBerjaya.com.

Program ZKM berjaya tingkatkan jualan

Kebanyakan peniaga dan usahawan bukan saja terpaksa mengikat perut, malah ada antara mereka gulung tikar kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.

Namun situasi tersebut berbeza dengan beberapa usahawan PKS yang mendapatkan bimbingan Richworks International.

Menurut pemilik Dodol Qardell, Nur Dalilah Ali, Richworks International telah membantunya untuk mengembangkan perniagaan dan mencapai pelbagai kejayaan.

Nor Dalilah Ali

"Saya merupakan perancang perkahwinan, namun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bisnes mengalami masalah kos operasi yang lebih tinggi daripada jualan.

"Richworks telah mengubah pemikiran saya untuk lebih positif, tenang dan banyak memandang ke arah peluang sehingga berjaya membantu bisnes kembali stabil,” katanya.

Bagi pengusaha Shimah Boutique, Nurul Aini Mohamad Fouzi, program ZKM banyak membantunya meningkatkan jualan secara dalam talian terutama ketika PKP pertama.

Nurul Aini Mohamad Fouzi

"Sebelum ini saya memiliki butik tetapi disebabkan PKP ia tidak boleh dibuka. Saya meneruskan perniagaan dengan melakukan secara online dengan bantuan program ZKM.

"Alhamdulillah sekarang saya mampu untuk menjana pendapatan malah hasilnya lebih daripada menjalankan perniagaan di butik,” katanya.

Kisah yang sama turut dikongsikan oleh usahawan nasi dagang premium, Grannies, Suraya Abdul Halim yang turut berdepan cabaran dengan pendapatan berkurangan akibat PKP.

Suraya Abdul Halim

"Ketika pelaksanaan PKP tahun lalu, perniagaan saya amat terkesan kerana sebelum ini jualan dilakukan dengan menggunakan ejen dan tidak secara online.

"Namun selepas mendapat bimbingan bagaimana untuk melakukan jualan secara online, akhirnya saya mampu untuk bangun kembali malah berjaya memberi pendapatan empat angka kepada kedua ibu bapa saya,” katanya.