Dua lelaki cuba seludup lembu dicekup

Iklan
Cubaan dua lelaki menyeludup sepuluh ekor lembu bernilai RM98,000 gagal apabila tindakan itu berjaya ditumpaskan oleh PGA Batalion 7 Kuantan dalam serbuan di Kampung Repek, Rantau Panjang pada Rabu.

RANTAU PANJANG - Cubaan dua lelaki menyeludup sepuluh ekor lembu bernilai RM98,000 gagal apabila tindakan itu berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan dalam serbuan di Kampung Repek, di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, kedua-dua suspek berusia 25 tahun itu dicekup pada jam 5 petang selepas menahan sebuah lori di hadapan sebuah kedai tayar.

Iklan
Iklan

"Semasa ditahan pemandu lori tersebut telah mengemukakan dokumen yang meragukan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, pemeriksaan awal membawa kepada penemuan beberapa ekor lembu di bekalang lori berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, kesemua barangan rampasan termasuk pemandu dibawa ke Kompeni Tektikal (Komtak) Jeram Perdah untuk pemeriksaan lanjut.

Azhari berkata, siasatan awal mendapati kesemua lembu itu dalam perjalanan ke Kedah.

Iklan

Dia berkata, kes disiasat bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM178,000," katanya.

Dalam pada itu, Azhari berkata, PGA akan terus melipat gandakan operasi dalam membendung aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

Katanya, penugasan membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) turut diberikan perhatian.

"Kita mahu memutuskan rantaian Covid-19 yang berkemungkinan dibawa masuk oleh mereka (PATI)," katanya.