Polis Negeri Sembilan minta tuan rumah sediakan kod imbas QR

Iklan
Datuk Mohammad (kiri) menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada SM Mat Shah pada Khamis.

SEREMBAN - Orang ramai dinasihati menyediakan kod imbas QR MySejahtera untuk tetamu yang berkunjung ke rumah mereka pada Aidilfitri nanti.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Mat Yusop berkata, memandangkan Negeri Sembilan berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kecuali daerah Seremban masih PKP Bersyarat, sudah pasti berlaku kunjung mengunjung.

Iklan
Iklan

Tegas beliau, tuan rumah juga perlu memastikan tetamu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) antaranya menghadkan jumlah kedatangan pengunjung ke rumah dalam satu masa.

"Sebaiknya setiap rumah perlu ada imbas kod QR MySejahtera bagi membolehkan kita mengesan mana-mana pihak jika terdapatnya kes di sesuatu tempat.

Iklan

"Kalau tidak ada, sekurang-kurangnya mereka perlu sediakan buku catitan keluar masuk kehadiran, penyukat suhu kalau tidak ada kita boleh maafkan, tetapi buku catatan nama dan nombor telefon itu penting," katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan di sini pada Khamis.

Tambah Mohammad, pihaknya akan terus memperkasa pematuhan SOP, termasuk melakukan rondaan di kawasan perumahan bagi memastikan hanya orang tempatan datang beraya.

Iklan

Mengulas lanjut beliau berkata, jika terdapat aduan mengenai kehadiran individu di luar Negeri Sembilan, pihaknya akan meminta bukti dokumen termasuk permit kebenaran rentas negeri.

Dalam pada itu, beliau memberitahu semua jalan tikus d inegeri berkenaan juga dipantau bagi mengelakkan kemasukan orang luar yang cuba balik melalui jalan tikus.

"Jangan ingat kita tidak tahu (jalan tikus), walau pun tiada sekatan jalan raya di jalan tikus, tetapi ada pasukan mobile yang sentiasa membuat rondaan, jika ada terlihat kenderaan lalu di kawasan tersebut, mereka boleh tahan dan minta bukti kebenaran berjalan dan boleh dikenakan kompaun jika gagal menunjukkan surat kebenaran," katanya.

Sementara itu, seorang polis berpangkat Sarjan yang menyelamatkan dua mangsa kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau pada 6 Mac lalu dinaikkan pangkat secara medan ke jawatan Sarjan Mejar.

Mat Shah Kasim, 58, sebelum ini anggota Bahagian Logistik Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Rembau kini menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Polis Balai, Balai Polis Kota, Ibu Pejabat Polis Rembau sebelum bersara pada November ini.

"Saya sangat bersyukur diberikan peluang untuk kenaikan pangkat serta berterima kasih kepada pucuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas penghargaan ini.

"Saya tidak mengharapkan sebarang balasan kerana tindakan dilakukan berdasarkan keikhlasan dan tanggungjawab saya sebagai anggota polis. Menerusi penganugerahan ini ia dapat memberi semangat kepada anggota lain untuk terus berkhidmat selain memberikan perkhidmatan terbaik dalam PDRM," katanya.