Perdana Menteri Congo letak jawatan

Iklan
Clement Mouamba

BRAZZAVILLE - Perdana Menteri Congo, Clement Mouamba pada Rabu menyerahkan surat peletakan jawatannya dan barisan kabinet kepada Presiden Denis Sassou Nguesso, menurut sumber terdekat presiden.

Peletakan jawatan itu diluluskan dan presiden merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua menteri atas khidmat yang diberikan selama lima tahun, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik pengumuman kabinet.

Iklan
Iklan

Nguesso dijangka melantik perdana menteri baharu dalam beberapa hari lagi.

Peletakan jawatan Mouamba susulan pelantikan semula Nguesso pada Mac dan berdasarkan perlembagaan Congo, perdana menteri baharu perlu dilantik bagi membentuk kerajaan baharu. - Bernama

Iklan
Iklan