Polis Kelantan sertai World #QuranHour menerusi Google Meet

Iklan
Shafie (tengah) mengetuai program World #QuranHour yang diadakan serentak seluruh negeri di peringkat PDRM Kelantan pada Khamis.

KOTA BHARU - Warga polis Kelantan tidak ketinggalan untuk menjayakan program World #QuranHour yang diadakan serentak seluruh negeri ini pada Khamis.

Menariknya, program kali ini dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, melalui program tersebut pihaknya dapat menyemarakkan lagi budaya membaca al-Quran dalam kalangan pegawai dan anggota serta warga kerja polis di negeri ini.

"Alhamdulillah walaupun berlangsung secara maya menggunakan Google Meet, namun seluruh warga polis Kelantan yang beragama Islam memberikan sokongan padu," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, selain bacaan al-Quran secara beramai-ramai ia diserikan lagi dengan program tadabbur.

PDRM Kelantan menjayakan program World #QuranHour secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Beliau berkata, melalui program itu seluruh warga kerja polis Kelantan dapat memahami isi kandungan surah yang dibaca iaitu al-Mulk.

Iklan

Shafien berkata, seluruh warga kerja polis Kelantan diharap dapat mengambil iktibar apa yang diceritakan oleh al-Quran menerusi surah berkenaan.

Katanya, bagi peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sambutan itu diketuai oleh ketua polis daerah masing-masing.